Interesting topic, they says "Harus bela anjing pengawal"
+3
MasterAlvin
jason
yenlu
7 posters
Page 1 of 1
Interesting topic, they says "Harus bela anjing pengawal"
Source:
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Apr05%206d.htm
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Apr05%206d.htm
Wadah Wanita Islam: Harus bela anjing pengawal
Berita Harian , 6 Apr 2005
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh Prof Madya Maznah Daud
TULISAN saya minggu lalu, menyentuh peristiwa anjing menggigit kanak-kanak. Berikutan itu, beberapa pembaca bertanyakan mengenai pandangan Islam berkaitan dengan anjing peliharaan.
Seperti yang dinyatakan dalam penulisan lalu, anjing menurut pandangan jumhur fuqahak adalah najis mughallazah. Ia berdasarkan perintah Rasulullah agar membasuh bekas yang dijilatnya sebanyak tujuh kali dimulakan dengan air yang dicampur tanah.
Namun, tidak bermakna Islam menganggap anjing sebagai makhluk hina yang wajib dibenci dan dijauhi. Setiap makhluk ciptaan Allah ada kelebihan tersendiri. Lantaran itu tidak wajar bagi kita memandang hina pada sesuatu makhluk disebabkan kejadiannya yang buruk, kotor dan najis.
Dalam satu hadis diceritakan seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Ketika mana seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu dia turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya: Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini. Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Allah berterima kasih kepadanya lantas mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.”
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?” Baginda menjawab: “Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Selain itu, al-Quran menerangkan beberapa fungsi anjing yang boleh dimanfaatkan oleh manusia.
Antaranya anjing sebagai pengawal keselamatan. Ketika menceritakan kisah Ashabul-Kahfi, Allah berfirman maksudnya: “Dan kamu mengira mereka itu jaga padahal mereka tidur. Dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua-dua lengannya di muka pintu gua...” (Surah al-Kahfi, ayat 18)
Ayat ini menunjukkan harus membela anjing untuk dijadikan pengawal keselamatan. Allah menyatakan bahawa anjing itu berada di muka pintu, bukan dalam gua bersama tuannya. Jadi keharusan membela anjing sebagai pengawal tidak bermakna ia boleh dibawa masuk ke dalam rumah.
Maksud yang tersirat dalam ayat ini diperkukuhkan dengan sabda Rasulullah bermaksud: “Malaikat (rahmat) tidak memasuki rumah yang ada dalamnya patung dan anjing.”
Ayat ini juga menunjukkan bahawa anjing adalah haiwan yang setia kepada tuannya. Perihal kesetiaan anjing memang selalu didengar. Ada yang berjaya menemui jalan pulang ke rumah tuannya walaupun terpisah berpuluh-puluh batu jauhnya.
Di samping itu, ayat berkenaan memaparkan bahawa keberkatan orang salih akan melimpahi sesiapa saja yang berdampingan dengannya walaupun seekor haiwan. Lantaran itu, kita seharusnya berhati-hati dalam memilih teman. Pastikan sentiasa berdampingan dengan golongan yang baik agar sama-sama mendapat kebaikan dan keberkatannya.
Selain menjadi pengawal, anjing boleh digunakan untuk berburu. Allah berfirman maksudnya: “Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan buruan yang ditangkap oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka, makanlah daripada apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepasnya). Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya.” (Surah al-Maidah, ayat 4)
Binatang buas yang disebutkan dalam ayat di atas termasuk anjing. Malah perkataan ‘mukallibin’ yang bermaksud ‘mengajar binatang buas untuk berburu’ diambil daripada perkataan ‘kalb’ yang bermakna anjing. Ia menunjukkan binatang yang paling kerap digunakan untuk berburu adalah anjing. Hal ini diperkuatkan dengan beberapa hadis yang menunjukkan sahabat memang menggunakan anjing untuk berburu.
Antaranya hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Adi bin Hatim. ‘Adi berkata: “Saya berkata kepada Rasulullah : Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya telah melepaskan anjing saya yang telah saya ajar untuk berburu dan saya menyebut Nama Allah.”
Baginda bersabda: “Sekiranya engkau melepaskan anjingmu yang telah diajar untuk berburu dan engkau menyebut nama Allah maka makanlah binatang yang ditangkap oleh anjingmu itu.”
Di samping kelebihan yang ada pada anjing, ia mempunyai satu tabiat hodoh, lidahnya yang terjelir-jelir setiap ketika. Namun, di sisi Allah ada manusia yang sama hodohnya dengan anjing itu. Mereka ialah orang yang meninggalkan petunjuk kebenaran yang nyata dan memilih kesesatan. Mengutamakan kesenangan dunia yang sementara dan melupakan akhirat yang kekal abadi.
Firman Allah bermaksud: “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia termasuk orang yang sesat. Dan kalau Kami mengkehendaki, sesungguhnya Kami tingkatkan darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah. Maka perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya dijulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (Surah al-A’raf, ayat 175-176)
Kesimpulannya, semua makhluk yang diciptakan Allah, sama ada haiwan, tumbuhan-tumbuhan dan sebagainya untuk mempermudahkan kehidupan manusia. Hal ini agar mereka dapat menyempurnakan tugas sebagai khalifah dengan sebaiknya. Sebahagian makhluk menjadi sumber makanan, sebahagian digunakan untuk membuat tempat tinggal, pakaian, kenderaan dan sebagainya. Malah, ada yang berkhidmat kepada manusia secara diam-diam tanpa disedari oleh manusia sendiri seperti apa yang dilakukan oleh pelbagai jenis bakteria termasuk dalam badan manusia.
Ada antara makhluk Allah, khususnya haiwan yang boleh dijadikan pengajaran serta iktibar dalam pelbagai aspek. Perkara ini yang dimaksudkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu...” (Surah al-Baqarah, ayat 29)
Firman-Nya lagi bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk kepentinganmu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan antara manusia ada yang membantah keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan.” (Surah Luqman, ayat 20). – Penulis ialah pensyarah syariah di Universiti Teknologi Mara dan boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com. Jawapan terhadap persoalan boleh dilayari www.wanitajimceria.blogspot.com
--------------------------------------------------------------------------------
Re: Interesting topic, they says "Harus bela anjing pengawal"
direct translation:
anjing menurut pandangan jumhur fuqahak adalah najis mughallazah
dogs according to "jumhur fuqahak" is "mughallazah-shit"
tidak bermakna Islam menganggap anjing sebagai makhluk hina yang wajib dibenci dan dijauhi.
doesn't means Islam treat dogs as a species that should be hated and stay away from.
harus membela anjing untuk dijadikan pengawal keselamatan
MUST rear dog to become security guard T_T
tidak bermakna ia boleh dibawa masuk ke dalam rumah.
doesnt means it can be bring into the house
if you want me to translate whole thing.. I can die.. but the rest not so important.
anjing menurut pandangan jumhur fuqahak adalah najis mughallazah
dogs according to "jumhur fuqahak" is "mughallazah-shit"
tidak bermakna Islam menganggap anjing sebagai makhluk hina yang wajib dibenci dan dijauhi.
doesn't means Islam treat dogs as a species that should be hated and stay away from.
harus membela anjing untuk dijadikan pengawal keselamatan
MUST rear dog to become security guard T_T
tidak bermakna ia boleh dibawa masuk ke dalam rumah.
doesnt means it can be bring into the house
if you want me to translate whole thing.. I can die.. but the rest not so important.
Re: Interesting topic, they says "Harus bela anjing pengawal"
Nothing racist okay, just pure discussion pls. If possible please educated more people towards their believe... they CAN keep dogs
Re: Interesting topic, they says "Harus bela anjing pengawal"
interesting but nowadays...alot malay having dog...even my fren....having a toy poodle tat imported frm japan!!!
jason- Slowly Addicted
- Number of posts : 299
Registration date : 2008-02-03
Re: Interesting topic, they says "Harus bela anjing pengawal"
they just cant touch them.
there are lots of ways to avoid direct contact. just that some are lazy to use their brain.
there are lots of ways to avoid direct contact. just that some are lazy to use their brain.
Re: Interesting topic, they says "Harus bela anjing pengawal"
This thread aint for me
Judy- Totally Addicted
-
Number of posts : 951
Age : 37
Location : Damansara, PJ
Registration date : 2008-02-11
Re: Interesting topic, they says "Harus bela anjing pengawal"
They can touch, just need to wash 7times with 7type or sand or something lah.
sinv- Post Queen
-
Number of posts : 3910
Location : Bandar Utama, PJ
Registration date : 2008-02-03
Re: Interesting topic, they says "Harus bela anjing pengawal"
they cannot touch wet dog, meaning they can't let the dog lick, can't touch their saliva. If they touches, they need to wash with air tanah (dirt) and wash 7 times. With new technology, they come out with an easy clay (dirt) soap, so the Muslim vet can "samak" (wash with clay) easily. Watch the youtube to see the soap.
The probably ma-fan thing is, if the dog stay indoor, and if he/she wet the house, they need to "samak" the entire area!! That is why they say let the dog stay outdoor. And the place they solat (pray) cannot be dirtied by dogs.
The probably ma-fan thing is, if the dog stay indoor, and if he/she wet the house, they need to "samak" the entire area!! That is why they say let the dog stay outdoor. And the place they solat (pray) cannot be dirtied by dogs.
Re: Interesting topic, they says "Harus bela anjing pengawal"
this is hwat my malay friends told...like what yenlu explained...they love dogs...my friend with shuttle cock also touch my cooper....
eLsie- A Maniac
-
Number of posts : 3075
Age : 40
Location : Sunway, PJ
Registration date : 2008-05-02
Re: Interesting topic, they says "Harus bela anjing pengawal"
yes...malay actually loves dog..it's just that bcoz of their muslim religion that restrict them from owning one...but they still loves them...still feel like touching them..there's one time i bring gucci to morning market..the 1st person to stop me n tok to me bout gucci was a malay lady..she loves gucci so much..if the malay fella is a modern type...they dun care oso...my bf is a muslim...but he still touch n play gucci..just like everyone of us here...
jooniez- Totally Addicted
-
Number of posts : 595
Age : 40
Location : Setapak
Registration date : 2008-07-17
Similar topics
» unethical groomer, pls boycott/blacklist "puppy box" at kuchai lama
» BU Park - Is That You "Gathering"
» hi from "dian dian"
» BU Park - Is That You "Gathering"
» hi from "dian dian"
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum